Jom Labur Saham

Anak Dah Masuk Darjah 4..5..6.. Tapi Masih Belum Hafal Sifir?

Mari Saya Tunjukkan... Bagaimana Anda Boleh Membantu & Mengajar Anak Anda Menguasai Sifir Dengan Mudah & Pantas!

Tahun 2021 ini...

Anak-anak hanya sempat ke sekolah 2 bulan sahaja, iaitu pada bulan Mac & April 2021.
Kemudian, ianya ditutup dan proses pembelajaran dilakukan secara PdPR sahaja!
Situasi ini menyebabkan proses pembelajaran anak terbantut dan sedikit ketinggalan.

Banyak topik serta sukatan pelajaran yang telah ditetapkan untuk diajar pada tahun ini, tidak dapat dilaksanakan. Ini termasuklah kemahiran asas matematik, iaitu sifir. Dimana, pada kebiasaannya... anak-anak yang berada pada tahun 4, seharusya, sudahpun dapat menghafal dan menguasai sifir dengan baik.

Kegagalan anak-anak untuk menguasai sifir, akan menyebabkan masalah yang berangkai....
Mereka akan sukar untuk menguasai lebih banyak topik di dalam matapelajaran matematik seperti pecahan... pembahagian... perpuluhan.. dan peratus.

Akibatnya.. mereka akan berasa tidak seronok dan stress untuk belajar matematik, sekaligus menyebabkan mereka ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain.

Semuanya gara-gara disebabkan "belum dapat menghafal & menguasai sifir" dengan baik.

Bagaimana Nak "Detect" Anak Sudah Hafal Sifir Atau Belum?.

Sebagai ibu bapa, sememangnya kita agak sibuk dan kadangkala terlepas pandang untuk melihat prestasi dan perkembangan pembelajaran anak-anak. Kita tak sempat nak semak buku latihan anak setiap hari dan tak sempat nak pantau anak-anak di dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberi.

Apatah lagi untuk mengesan sama ada mereka faham atau tidak apa yang diajarkan oleh guru?
 
Namun begitu, untuk mengesan sama ada anak sudah benar-benar atau masih lagi belum menghafal sifir.. ada cara mudah untuk mengesannya.

Caranya adalah.... Tanya mereka secara spontan!

Ya.. Tanya mereka secara spontan.... seperti  sewaktu kita sedang makan bersama anak-anak... atau sewaktu sedang duduk santai menonton tv... atau.. sewaktu di dalam kereta.

Pada waktu-waktu santai begitu... tanya sahaja mereka secara santai dan spontan.... sebagai contoh...
"Adik.... 6 darab 7 berapa?"..... selepas dia jawab... terus tanya lagi..
"Kalau 8 darab 6?"....
"7 darab 4 berapa pula?"

Jika mereka dapat berikan jawapan dengan cepat dan tepat .. maka itu bermakna mereka sudah pun menguasai & menghafal sifir...

TETAPI... jika mereka mengambil masa yang sedikit  lama....(lebih dari 1 minit).. dan kemudian berikan jawapan yang salah pula atau tidak berikan jawapan langsung... itu bermakna, mereka sebenarnya belum betul-betul menguasai sifir.

Jadi.. cuba test anak anda! ;)

Anak Saya Belum Hafal Sifir... Jadi, Apa Boleh Saya Buat?

Pada kebiasannya... masalah anak belum hafal sifir ini selalunya akan dipantau dan akan dibimbing oleh guru-guru disekolah. Guru-guru akan cuba bantu sehabis baik untuk memastikan semua murid dapat menghafal dan menguasai sifir.

Namun begitu.... disebabkan wabak Covid-19 yang melanda dan menganggu sesi persekolahan anak-anak. Bimbingan dan pemantauan tersebut, tidak lagi dapat dilakukan dengan berkesan.

Oleh itu... Sebagai ibu-bapa yang prihatin dan sentiasa mengambil berat tentang pendidikan dan perkembangan pembelajaran anak-anak, ibu-bapa perlulah bersedia mengambil tanggungjawab dan memainkan peranan untuk memantau dan membantu anak-anak menguasai kemahiran asas di dalam matematik ini.. iaitu menghafal sifir..

Namun begitu... persoalannya...

Macam Mana Nak Ajar Anak Saya Agar Dia Boleh Kuasai & Hafal Sifir?

Ya! Bukan semua ibu-bapa mempunyai kemahiran untuk mengajar dan membimbing anak!
Lebih-lebih lagi jika anak kurang pantas untuk "menangkap" apa yang diajarkan.... memang rasa "panas" je dalam hati!

Tetapi.. bila fikir-fikir semula.. adakah benar anak yang "kurang cekap" belajar... atau sebenarnya.. kita yang kurang tepat di dalam mengajar dan memberi bimbingan?

Cuba kita renung-renungkan sebentar...!

Baiklah.....!

Tak perlu termenung lama-lama.... Saya ada berita gembira untuk anda!

Saya akan tunjukkan kepada anda... Bagaimana untuk mengajar dan membantu anak anda.. supaya mereka dapat menghafal sifir dengan mudah dan pantas!

Hafal sifir 1-12 dalam masa 14 hari sahaja... malah boleh jadi.. lebih singkat jika ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat!

Saya akan tunjukkan... KAEDAH & RAHSIANYA!


Ops! Saya Ni Siapa?

Oh! Minta maaf! Sebelum saya dedahkan "kaedah membimbing anak hafal sifir dengan mudah & pantas" tersebut!

Izinkan saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu.. :)

Nama saya... Osman bin Affan!

Saya adalah pengasas kepada program MathMedic, iaitu sebuah program pembelajaran yang memberi fokus kepada subjek Matematik.

Menerusi program MathMedic ini, saya akan menganalisa dan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar di dalam menguasai subjek matematik dan kemudiannya, akan memberikan cadangan serta rawatan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sebelum wabak Covid-19 melanda, saya telah melatih beribu-ribu pelajar di seluruh Malaysia tentang teknik menghafal sifir dengan mudah , cepat dan berkesan menerusi bengkel-bengkel serta program yang dianjurkan!

Namun, selepas wabak Covid-19 ini melanda....  saya sudah tidak dapat lagi menganjurkan bengkel-bengkel dan program tersebut.

Ramai juga ibu-bapa yang menghubungi saya dan meminta bantuan saya untuk melihat masalah anak mereka di dalam subjek matematik.

Tetapi, dalam tempoh PKP sebegini, ianya memang agak sukar untuk dilakukan dan akan mengambil masa yang terlalu banyak untuk saya membimbing seorang demi seorang pelajar.

Jadi, disebabkan itulah.. saya terfikir dan mengambil keputusan untuk men"dokumen"kan sahaja teknik, modul serta bahan pengajaran saya ini dalam bentuk ebook. Supaya, ibu-bapa yang prihatin terhadap pelajaran anak mereka, boleh gunakan teknik serta modul saya ini untuk menganalisa sendiri dan seterusnya membimbing sendiri anak mereka cara  yang sebenar di dalam menguasai sifir.

Maka.. wujudlah..

PANDUAN AJAR ANAK HAFAL SIFIR DENGAN MUDAH & PANTAS



Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK(electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda. 


Apa Yang Terkandung Di Dalam Ebook Panduan Ini?

Ebook panduan ini adalah untuk kegunaan ibu-bapa! Ibu-bapa yang perlu baca ebook ini agar mereka tahu, bagaimana untuk membimbing dan membantu anak mereka dapat menghafal sifir dengan mudah dan pantas.

Di dalam ebook ini saya menerangkan..

Itulah antara isi kandungan yang ada di dalam ebook ini!

Oh ya! Suka untuk saya tekankan sekali lagi ya...
Ebook ini adalah untuk bacaan ibu-bapa... dan bukannya untuk bacaan anak.
Sebab, ebook ini akan menunjukkan kepada  anda sebagai ibu-bapa... "Bagaimana Cara Untuk Ajar Anak Agar Mudah Hafal Sifir"....

Jadi.. ia memerlukan komitmen anda sebagai ibu bapa untuk membaca dan kemudiannya mengamalkan teknik-teknik yang diajarkan di dalam ebook ini untuk membimbing anak anda.

Bagaimana Untuk Dapatkan Panduan Ini Dan Berapa Harganya?

Baiklah! Jika kita menghantar anak kita ke pusat tuisyen untuk mempelajari sesuatu subjek, yuran yang dikenakan, selalunya adalah sekitar RM80-RM100 ringgit sebulan bagi satu subjek.

Manakala, jika kita panggil guru tuisyen datang ke rumah untuk mengajarkan anak kita secara personal , yuran yang dikenakan adalah sekitar RM30 bagi satu sesi selama 1-2 jam. Untuk sebulan, selalunya akan diadakan 4 sesi dan kosnya adalah sekitar RM120-RM150.

Tetapi, untuk ebook panduan ini.. anda tidak perlu keluarkan kos sebanyak itu secara berulang kali.
Hanya bayar sekali sahaja untuk anda dapatkan panduan ini!

Apabila anda sudah dapat ilmu yang terkandung di dalam ebook ini... anda bukan sahaja boleh mengajarkan ia kepada seorang anak anda.. malah, anda boleh ajarkan ia kepada anak-anak anda yang lain... silap-silap.. anak-anak jiran sekali anda boleh ajar.. :)

Jadi... berapakah pelaburan yang perlu anda keluarkan untuk mendapatkan ilmu & teknik mengajar anak hafal sifir dengan mudah ini?

Kosnya.... hanyalah.... RM30 sahaja!
Ya! Hanya RM30 sahaja!

Adakah anda berminat untuk mendapatkannya?
Boleh klik pada butang dan gambar dibawah jika berminat untuk mendapatkan ebook ini!

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK(electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda. 

Oh Sekejap!
Ada Bonus Istimewa!

Jika anda dapatkan ebook panduan ini pada hari ini juga. Saya akan berikan 4 bonus istimewa yang dapat melengkapkan lagi sesi pembelajaran anak anda di dalam menghafal sifir dengan mudah dan pantas ini.

BONUS #1 -  FLASH CARD MATHMEDIC (SIFIR 1-12)

Salah satu kaedah yang digunakan dalam teknik hafal sifir MathMedic ini adalah dengan menggunakan kaedah flash card. Namun begitu, ia bukanlah flash card yang biasa.

Flash card yang digunakan adalah unik dan berbeza. Jadi, saya dah siapkan format flash card untuk sifir 1-12 di dalam bonus yang pertama ini.

Anda hanya perlu cetak sahaja ia dalam kertas A4 dan kemudian potong mengikut saiz yang sudah ditetapkan untuk flash card ini.

Ya.. hanya gunakan kertas A4 sahaja. Jimat kos. Tidak perlukan kertas yang tebal untuk membuat flash card ini.. :)




BONUS #2 -  MATHMEDIC DIAGNOSTIC TEST

Ini pula adalah kertas ujian untuk menguji tahap penguasaan sifir anak anda.

Kertas ujian ini disusun untuk tempoh 14 hari/sesi.
Setiap hari, ia akan fokus pada 1 sifir sahaja dan terdapat 4 kertas ujian yang perlu dijawab.

Di akhir sesi pula, iaitu pada hari ke 14, terdapat 6 kertas ujian untuk mengukur tahap penguasaan sifir secara keseluruhan, iaitu sifir 1-12.

Oh ya! Anda tidak perlu risau... jawapan bagi setiap soalan juga ada disertakan untuk anda buat rujukan sewaktu menanda kertas ujian yang telah dijawab oleh anak anda nanti.

Kertas soalan ini, anda boleh cetak pada kertas A4 juga.
 


BONUS #3 -  RAKAMAN, BENGKEL ONLINE HAFAL SIFIR


Saya pernah mengadakan beberapa siri bengkel online untuk program Hafal Sifir ini. Alhamdulilah.. ada satu sesi bengkel telah saya rakam.

Bengkel ini adalah untuk anak-anak, jadi, sebagai bonus, anda boleh tunjukkan video rakaman ini kepada anak-anak anda untuk mereka belajar teknik menghafal sifir yang pantas.

Video rakaman ini tidak lama, hanya sekadar berdurasi 30 minit lebih sahaja.

Dengan vieo rakaman ini , ianya akan memudahkan anak-anak anda untuk faham tentang kaedah menghafal sifir yang akan anda ajar dan latih mereka nanti.




BONUS #4 -  TELEGRAM SUPPORT GROUP

Usah bimbang! Jika anda mendapatkan ebook Panduan Hafal Sifir ini dan kemudian ada apa-apa pertanyaan lanjut mengenai teknik yang diajarkan di dalam ebook ini! Anda boleh tanya saya terus di dalam group telegram yang saya bina khas untuk pembeli-pembeli ebook ini!  Saya akan cuba jawab dan bantu sebaik yang boleh!

Insyallah, saya juga akan berkongsi info-info terbaru dan menarik di dalam group itu nanti.

Ibu-bapa yang lain juga boleh berkongsi perkembangan anak-anak mereka di dalam group tersebut nanti. Ianya mungkin, serba sedikit akan memberikan inspirasi kepada anda nanti.  


Berminat?
Boleh Dapatkan Sekarang!

Sudah bersedia untuk membimbing anak anda menjadi cemerlang di dalam sifir dan juga subjek matematik?
Tekan sahaja gambar ebook dibawah untuk membuat tempahan!

Jaminan Kepuasan 100% Atau Wang Anda Dipulangkan!



Dengan setiap pembelian ebook “Hafal Sifir” ini, saya sertakan sekali dengan jaminan kepuasan 100% atau wang anda dikembalikan.

Jika setelah anda dapatkan ebook ini dan mendapati segala isi kandungannya langsung tidak mendatangkan faedah dan manfaat kepada anda dalam membimbing anak anda, saya akan pulangkan wang RM30 anda.

Ya, saya akan pulangkan wang anda TANPA BANYAK SOAL!

Setelah anda habis baca ebook ini, jika anda tidak berpuas hati, email kan sahaja kepada saya di admin@klikjer.com tentang rasa ketidakpuas-hatian anda itu. Saya akan pulangkan wang anda.

Sebenarnya kan… Jika anda lihat betul-betul tawaran ini, anda memang langsung takkan rugi apa-apa untuk dapatkan ebook ini.

Segala risiko pembelian anda, pihak saya yang akan tanggung.
Oleh itu, anda tunggu apa lagi, cepat lakukan tempahan sekarang juga sebelum peluang pemberian Bonus Istimewa di tarik balik pada bila-bila masa!

Klik gambar ebook  di bawah untuk lakukan tempahan pakej ebook Hafal Sifir ini pada harga RM30 sahaja SEKARANG ..




Diterbitkan dan diedarkan Oleh:
Klikjer Publishing (002746251-P)
No 23, Jalan 3/64, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA.
SMS/WhatsApp : 012-3655625

 
    
Jom Labur Saham